
Soalan LazimKami Sedia Bantu
Cari jawapan pantas tentang produk, pesanan, penghantaran dan pemulangan.
Apa Yang Anda Ingin Tahu?
Berapa lama bau KFLY tahan?
Satu botol KFLY 10mL tahan 2–3 minggu. Tempoh sebenar bergantung pada suhu, cahaya matahari dan aliran udara dalam kereta atau ruang anda.
Bagaimana cara menggunakan KFLY?
1. Buka penutup kayu. 2. Masukkan tisu ke dalam penutup. 3. Pasang semula penutup. 4. Gantung di cermin kereta, almari, bilik atau pejabat. Terbalikkan botol sekali-sekala untuk haruman yang lebih kuat.
Adakah KFLY selamat untuk kanak-kanak & ruang tertutup?
Ya. KFLY menggunakan minyak wangian premium yang lembut dan tidak memeningkan. Elakkan sentuhan terus cecair dengan kulit dan simpan jauh daripada capaian kanak-kanak.
Bau mana yang paling popular?
Supreme Gummy, Peach Fantasy dan Dew Paradise adalah pilihan terlaris. Tak pasti? Cuba Pakej Combo untuk rasa 3 bau sekaligus.
Apakah kaedah pembayaran yang diterima?
Kami menerima FPX (perbankan dalam talian), kad debit/kredit dan e-wallet yang dipaparkan semasa checkout.
Bagaimana saya menyemak status pesanan?
Log masuk ke akaun anda dan buka Pesanan Saya. Anda juga akan menerima emel pengesahan dan nombor penjejakan sebaik pesanan dihantar.
Bagaimana menggunakan kod kupon?
Pergi ke halaman Tawaran dan tekan Guna pada kupon, atau masukkan kod di halaman checkout. Satu kupon bagi setiap pesanan.
Berapa lama tempoh penghantaran?
Semenanjung Malaysia: 2–4 hari bekerja. Sabah & Sarawak: 4–7 hari bekerja. Pesanan sebelum 3 petang dipos pada hari yang sama (hari bekerja).
Berapakah kos penghantaran?
Kos dikira semasa checkout mengikut lokasi. Gunakan kod FREESHIP untuk penghantaran percuma bagi belanja minimum RM60.
Bagaimana jika produk rosak atau salah?
Maklumkan kami dalam masa 7 hari selepas menerima barang bersama gambar/video unboxing melalui WhatsApp atau borang Hubungi Kami. Kami akan menggantikan produk atau membuat bayaran balik.
Bagaimana mengumpul mata ganjaran?
Setiap RM1 belanja = 1 mata. Mata boleh ditukar kepada baucar diskaun. Semak baki mata anda di halaman Akaun.
Bolehkah saya menjadi ejen atau pemborong?
Boleh! Kami mengalu-alukan ejen dan pemborong dengan harga istimewa. Hubungi kami melalui WhatsApp untuk maklumat lanjut.
Tiada jawapan ditemui. Cuba kata kunci lain atau hubungi kami.

Tak JumpaJawapan?
Hantar mesej kepada kami – pasukan kami akan membalas secepat mungkin.

